Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Sunday, January 15, 2017

Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan - 23 Jan 2017

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Januari 2017 seperti berikut.

  1. Pegawai Hal Ehwal Islam
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – 12 Kekosongan
  3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam – 4 Kekosongan
  4. Penolong Akauntan – 2 Kekosongan
  5. Pembantu Pegawai Latihan (Jahitan Pakaian Lelaki)
  6. Pembantu Syariah – 13 Kekosongan
  7. Penyelia Asrama
  8. Pembantu Hal Ehwal Islam (Guru Tadika) – 9 Kekosongan
  9. Pembantu Operasi

Tentang MAIWP



Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penubuhannya adalah bagi menjaga hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelum itu diletakkan di bawah kerajaan negeri Selangor.

MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab menguruskan hal ehwal umat Islam di Labuan dan Putrajaya setelah kedua-duanya diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan masing-masing pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.

Penubuhan MAIWP dinyatakan melalui peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

Cara Memohon Jawatan Kosong MAIWP


Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Sistem Permohonan Jawatan MAIWP http://ejawatan.maiwp.gov.my di bawah.


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat) Aras 1,7,9-11, 
Bangunan PERKIM No. 150, Jalan Ipoh, 
51200 Kuala Lumpur
No. Tel : 03-4047 9444
No. Faks : 03- 40449444

Tarikh tutup : 23 Januari 2017

Maklumat Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Januari 2017 boleh didapati disini.

Jawatan Kosong UPSI - 22 Jan 2017

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), satu-satunya Universiti Pendidikan di Malaysia dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan menyertai kami meneruskan kebitaraan dengan mengisi jawatan kosong kerajaan UPSI Januari 2017 seperti tersenarai dibawah.

  1. Pegawai Penerbitan N41
  2. Penolong Pustakawan S29
  3. Penolong Pegawai Tadbir N29
  4. Pembantu Akauntan W19

Mengenai UPSI




Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

UPSI terletak di Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan. UPSI mempunyai dua kampus iaitu Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) dan Kampus Sultan Azlan Shah (KSAH) yang bitara dalam kepimpinan pendidikan berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

UPSI begitu komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan melalui penyebaran ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Cara Memohon Jawatan Kosong UPSI


Calon-calon yang ingin memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu memohon secara online melalui Online Job Application.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Januari 2017

Bahagian Sumber Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 – 450 6344, 05 – 450 6350
Fax : 05 – 459 5488

 Maklumat lanjut Jawatan Kosong UPSI Januari 2017 boleh didapati disini.

Jawatan Kosong Kastam - Jan 2017

Jawatan kosong Kastam WK41 - Adakah anda berminat untuk menjawat jawatan sebagai penguasa kastam? Anda digalakkan memohon sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak SPA seperti berikut.




Maklumat Jawatan Kosong Kastam WK41


Warganegara Malaysia yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Berikut merupakan kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kastam bagi sesi ambilan 2017.

  1. Penguasa Kastam Gred WK41

Sila baca iklan jawatan kosong di bawah untuk maklumat lanjut.




Cara & Syarat Permohonan Jawatan Kosong Kastam


Kesemua permohonan bagi pengisian jawatan di dalam Jabatan Kastam DiRaja Malaysia perlulah dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Semua permohonan jawatan kosong kastam hendaklah dibuat melalui pautan di bawah.


Permohonan Kali Pertama


Bagi permohonan kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dengan mengisi borang SPA 8i.

Sila baca dengan teliti sebelum mengisi borang.

 1. Klik sini untuk mendaftar dengan SPA - Borang Pendaftaran
 2. Selesai mendaftar, log in dan mohon melalui pautan ini - Server 1 | Server 2

Jika anda sudah mempunyai akaun dengan SPA, anda hanya perlu membuat kemas kini sahaja.

Anda disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Anda akan dimaklumkan melalui email dan SMS jika nama anda berada dalam senarai pendek calon.

Tarikh Tutup Permohonan


Permohonan yang telah lengkap di isi perlulah di terima sebelum tarikh tutup di bawah. Pastikan anda tidak terlepas.

  • 16 Januari 2017

Lokasi penempatan bagi jawatan penguasa kastam adalah di seluruh Malaysia.